OPEN MONDAYS TO FRIDAYS 10H00 TO 10H00. SATURDAYS 12H00 TO 12H00. CLOSED ON SUNDAYS

About Us

 

Syam Restoran(SR) adalah satu jenama atau brand yang tidak asing lagi bagi penduduk negeri Kelantan. SR yang telah beroperasi selama 30 tahun dan dimiliki sepenuhnya oleh kaum Bumiputra telah berjaya membina suatu empayar perniagaan yang berasaskan penyediaan makanan setanding restoran-restoran lain di Malaysia.

Sejak dulu lagi, SR lebih fokus kepada penyediaan masakan Thai. Selepas pucuk kepimpinan SR di ambil alih oleh Tuan Haji Aziz Bin Yusof, beliau telah mempelbagaikan jenis masakan untuk menambah lagi pilihan pelanggan. Pada tahun berikut iaitu tahun 2008, masakan Chinese telah diperkenalkan di Syam Restoran.